Perkembangan Kanak-kanak – Umur 5, 6 dan 7 tahun

Umur 5,6 dan 7 tahun 

Kanak-kanak berumur 5, 6 dan 7 tahun selalunya amat teruja untuk memulakan persekolahan dan tanggungjawab baru mereka, kecuali sebilangan kecil kanak-kanak yang sebelumnya tidak dibiasakan dengan berkawan di Taska atau tadika.

Pada umur begini, ibubapa adalah insan yang paling penting di dalam hidup mereka. Adalah penting untuk menentukan  had-had yang dibenarkan dan memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Lakukan dengan dengan suara yang lembut, sabar, jelas dan konsisten. Setiap kanak-kanak perlu berasa istimewa dan diambil berat dalam jagaan anda. Kanak-kanak pada usia begini sangat mengembirakan hati. Mereka suka menjadikan diri mereka berguna kepada orang-orang dewasa.

Perkembangan Fizikal – Tumbesaran mereka adalah perlahan tetapi berterusan. Mereka telah mahir mengawal otot-otot penting. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria pengimbangan yang baik. Mereka boleh berdiri dan dan berjalan di atas kayu palang-pengimbang. Mereka suka melakukan persembahan berbentuk fizikal, seperti bergantungan di ‘monkey bar’  dan menggunakan ‘walking turtle’. Mereka berasa gembira menguji kekuatan dan kemahiran otot. Mereka suka melakukan lompat tali atau ‘skipping’, berlari, bergulingan, dan menari bersama muzik. Mereka boleh menangkap bola kecil, mengendali butang dan zip pakaian. Mereka boleh belajar mengikat tali kasut, menulis nama, meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan huruf. Mereka menggunakan sudu-garfu dan alatan dengan betul dengan pantauan.

Perkembangan Sosio-Emosi – Mereka memikir tentang diri mereka leboh dari tentang orang lain sehingga umur mereka 7 hingga 8 tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi  kadang-kandang memerlukan masa bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak punyai seorang kawan karib dan musuh permainan. Mereka lebih selesa bermain bersama kanak-kanak yang sama jantina. Mereka selalu mengacum sesame mereka. Mereka lakukan ini kerena 2 sebab; membantu mereka memahami peraturan dan mendapat perhatian orang dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Paling baik adalah untuk membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan denga kanak-kanak lain.Mereka boleh menolong untuk tugasan-tugasan mudah. Mereka berkehendakkan kasih-sayang daripada ibubapa. Mereka mula memahami perasaan dan kehendak orang lain. Mereka mungkin mula pandai bermain atau menjaga kanak-kanak lebih muda. Bagi mereka, baik dan buruk adalah apa yang ibubapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami tentang kejujuran, membina citarasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik. Mereka akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak dipedulikan.

Perkembangan Kepintaran- Mereka boleh membezakan kiri dan kanan. Kemahiran bercakap dan menyatakan kehendak mereka berkembang dengan amat pantas.Kejayaan di sekolah adalah penting. Mereka bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja. Ketika bermain, mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan bahasa yang mereka belajar di sekolah. Mereka mula memahami masa dan hari dalam seminggu. Mereka menyukai irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka. Tempoh tumpuan mereka semakin panjang. Mereka boleh mengikuti cerita-cerita yang lebih panjang. Mereka boleh belajar huruf dan perkataan. Selalunya pada umur 6 tahun, mereka sudah boleh membaca ayat-ayat mudah.

~ by dhiairdina on February 9, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: