KURMA NABI AJWA / KURMA MARIAMI

Dibekaskan ke dalam bekas seberat 200g bagi kurma Nabi Ajwa dan 300g bagi kurma Mariami. Kurma ini telah dibacakan dengan ayat-ayat Syifa dan Insyaallah berkesan melindungi daripada terkena ilmu sihir, jin dan syaitan. Selain itu, kurma Ajwa mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi. Ianya kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium. Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf. Kurma mengandungi pelbagai khasiat seperti merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan. Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Kurma Ajwa ini bermutu tinggi serta didatangkan khas daripada Mekah Al Mukarramah.

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.” 

~ by dhiairdina on February 9, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: